Tuesday, February 9, 2010

Aki Haji Long

Aki saya ini mempunyai enam orang anak dari 2 isteri, Wan Permai dan Che' Hawa .

Dari Isteri pertama dia mendapat Ayah Badok atau lebih di kenali Tan Zain.
Pernah menjawat jawatan Tok4 kpg Badok.
Sekarang beliau masih ada di Badok bersama anak-anaknya.


Pokde Li, atau Katib Zali adalah allahyarham ayah ku.
Adik beradik ku 9 orang dari dua emak, Mak Teh Rahamah dan MokDe Som.
Mak Teh Rahmah adalah emak saya.



Pakteh Mat atau Mat Siwe, adalah adik ayahku.
Beliau telah lama meninggalkan dunia.




Adik perempuan mereka, Cik Timah atau Cikgu Timah meninggal dunia semasa saya berusia 9 tahun.

Semasa Wan Permai meninggal dunia, kesemua anak-anaknya masih budak-budak lagi.
Aki saya kemudian berkahwin dengan Che' Hawa yang berasal dari Trengganu.

Che' Hawa dengan menantu-menantunya

Dua orang bapa saudara saya, Pak Cek Kidam (Cikgu Kidam) dan Pak Chu Nerus adalah anak-anak dari Che' Hawa. Kedua mereka adalah pesara kerajaan dan kini menetap di kampungku


Aki Haji Long ini setiap pagi akan pergi minum kopi di kedai Assam, walau pun sudah kenyang bersarapan dirumah. Saya pula pada masa itu masih budak-budak lagi, belum ada perasaan malu, akan selalu buat-buat bermain dekat kedai Assam. Bila dilihat oleh Aki, beliau akan membelikan saya kueh apam. Bila sudah dapat kueh atau apa-apa saja yang dibeli oleh aki, saya pun balik lah kerumah saya yang tidak jauh dari kedai Assam.
Itulah kenangan manis saya bersama aki.


Keenakaan teh di kedai Assam masih boleh dinikmati hingga sekarang. Cuma ia tidak lagi dikendalikan oleh Assam tetapi oleh tokehnya sendiri. Datang lah kesini dan nikmati resepi yang sudah puluhan tahun dikekalkan.


No comments:

Post a Comment